Siri Cerdas Mengurus Emosi: Aku Tidak Menggigit
Regular price
$7.50
Penulis: Rel El Tsurayya A
Ilustrasi: Norma Aisyah
Sinopsis: Cika akan menggigit sesiapa sahaja yang membuatnya marah. Cika menggigit adik kerana merosakkan beruang teddynya. Cika menggigit Tora kerana Tora ingin bermain dengan beruang teddynya itu. Cika juga pernah menggigit kawan-kawannya yang lain. Oleh itu, mereka tidak lagi mahu bermain dengan Cika. Lama-kelamaan, Cika kesunyian. Dia mahu berbaik semula dengan kawan-kawannya. Apakah cara yang terbaik?
Buku ini menarik dan berkesan kerana:
- Mengajar kanak-kanak mengenal dan mengurus emosi melalui penceritaan. Ini amat penting untuk membina konsep kendiri yang positif.
- Membentuk perkembangan literasi kanak-kanak melalui bacaan cerita berima.
- Cerita yang bersesuaian dengan peringkat umur dengan ilustrasi yang menarik.
- Teknik bacaan seperti bacaan bersama dan bacaan dengan bersuara boleh diaplikasikan supaya penceritaan lebih bermakna.