Siri Cerdas Mengurus Emosi: Gajet Oh Gajet

Penulis: Dr Ahmad Rostam Md Zin
Ilustrasi: Arina Izyan Ramli
Sinopsis: Penggunaan gajet yang berlebihan menyebabkan anak kurang melakukan aktiviti fizikal, tidak menjaga makan dan tidur juga akan terganggu. Ia juga boleh mengganggu aktiviti sosial anak-anak, kemahiran berkomunikasi dan pengawalan emosi.
Buku ini menarik dan berkesan kerana:
-Mengajar kanak-kanak mengenal dan mengurus emosi melalui penceritaan. Ini amat penting untuk membina konsep kendiri yang positif.
-Cerita ini mengajar anak agar mempunyai keyakinan yang tinggi kepada Allah. -Cerita yang bersesuaian dengan peringkat umur dengan ilustrasi yang menarik.
-Teknik bacaan seperti bacaan bersama dan bacaan dengan bersuara boleh diaplikasikan supaya penceritaan lebih bermakna.