Siri Cerdas Mengurus Emosi: Jojo Gosok Gigi
Penulis: Songkha
Ilustrasi: Mongkol Wancham
Sinopsis: Orang dewasa dan kanak-kanak perlu memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Tempoh yang sesuai untuk memberus gigi adalah selama 3 minit. Jika masih ada sisa makanan yang melekat pada gigi,gunakan flos gigi untuk membuang sisa makanan. Tukar berus gigi setiap 3 atau 4 bulan dan jangan berkongsi berus gigi. Jumpa doktor gigi 2 kali setahun untuk membuat pemeriksaan.
Buku ini menarik dan berkesan kerana:
-Mengajar kanak-kanak mengenal dan mengurus emosi melalui penceritaan. Ini amat penting untuk membina konsep kendiri yang positif.
-Cerita ini mengajar anak agar mempunyai keyakinan yang tinggi kepada Allah. -Cerita yang bersesuaian dengan peringkat umur dengan ilustrasi yang menarik.
-Teknik bacaan seperti bacaan bersama dan bacaan dengan bersuara boleh diaplikasikan supaya penceritaan lebih bermakna.